Monday 10 December 2012

Kesalahan Lazim Dalam Penulisan Surat Rasmi.

      Kesalahan dalam penulisan surat rasmi biasa berlaku tanpa kita sedari. Berikut merupakan beberapa contoh kesalahan ayat yang kita temukan dalam surat rasmi.


Contoh:
- Dengan hormatnya merujuk kepada surat tuan bertarikh 25 November 2009.

Sepatutnya:
-Dengan hormatnya saya merujuk kepada surat tuan bertarikh 25 November 2009.

Contoh:
-Dengan kerjasama tuan diharap akan lebih menjayakan majlis ini.

Sepatutnya:
-Dengan kerjasama tuan, diharap majlis itu akan lebih berjaya.

                             ATAU

-Kerjasama tuan diharapkan akan lebih menjayakan majlis itu.


Contoh:
-Sebarang pertanyaan sila hubungi Puan Arzana di talian 03-12345678


Sepatutnya:
-Jika ada sebarang pertanyaan sila tuan hubungi Puan Arzana di talian 03-12345678.


Contoh:
-Dengan kehadiran tuan mudah-mudahan memeriahkan majlis tersebut.

Sepatutnya:
-Dengan kehadiran tuan, mudah-mudahan majlis tersebut akan lebih meriah.

                         ATAU

-Kehadiran tuan mudah-mudahan akan lebih memeriahkan majlis tersebut.


Contoh:
-Kami memohon kerjasama tuan/puan  menyerahkan kembali semua dokumen-dokumen yang berada di dalam simpanan tuan.

Sepatutnya:
-Kami memohon kerjasama tuan/puan untuk menyerahkan kembali semua dokumen yang berada dalam simpanan tuan.


Contoh:
-Berdasarkan kepada maklumat yang dilaporkan dalam borang puan, jumlah tuntutan puan sebanyak RM...

Sepatutnya:
-Berdasarkan maklumat dalam borang tuntutan puan, jumlah tuntutan puan adalah sebanyak RM....

Contoh:
-Adalah dimaklumkan bahawa bil perkhidmatan tuan/puan sejumlah RM .... masih belum dijelaskan.

Sepatutnya:
-Dengan ini, dimaklumkan bahawa bil perkhidmatan tuan/puan sejumlah RM.... masih belum dijelaskan.


Contoh:
-Sila maklumkan jika tuan/puan merasakan bahawa garis kasar perancangan tersebut tidak sempurna.

Sepatutnya:
-Sila maklumkan kepada kami, jika tuan/puan merasakan bahawa garis kasar perancangan tersebut tidak sempurna.


(Sumber:  Cara Mudah Mengenal pasti Kesalahan Lazim Dalam Bahasa Melayu oleh N.A. Salleh)


2 comments:

  1. perkongsian yang amat berguna :) Tahniah. teruskan usaha cikgu ^_^

    ReplyDelete
  2. Blog cikgu sangat menarik dan bahan yang cikgu paparkan sangat bermanfaat

    ReplyDelete