Monday 10 December 2012

Kesalahan Lazim Dalam Penulisan Surat Rasmi.

      Kesalahan dalam penulisan surat rasmi biasa berlaku tanpa kita sedari. Berikut merupakan beberapa contoh kesalahan ayat yang kita temukan dalam surat rasmi.


Contoh:
- Dengan hormatnya merujuk kepada surat tuan bertarikh 25 November 2009.

Sepatutnya:
-Dengan hormatnya saya merujuk kepada surat tuan bertarikh 25 November 2009.

Contoh:
-Dengan kerjasama tuan diharap akan lebih menjayakan majlis ini.

Sepatutnya:
-Dengan kerjasama tuan, diharap majlis itu akan lebih berjaya.

                             ATAU

-Kerjasama tuan diharapkan akan lebih menjayakan majlis itu.


Contoh:
-Sebarang pertanyaan sila hubungi Puan Arzana di talian 03-12345678


Sepatutnya:
-Jika ada sebarang pertanyaan sila tuan hubungi Puan Arzana di talian 03-12345678.


Contoh:
-Dengan kehadiran tuan mudah-mudahan memeriahkan majlis tersebut.

Sepatutnya:
-Dengan kehadiran tuan, mudah-mudahan majlis tersebut akan lebih meriah.

                         ATAU

-Kehadiran tuan mudah-mudahan akan lebih memeriahkan majlis tersebut.


Contoh:
-Kami memohon kerjasama tuan/puan  menyerahkan kembali semua dokumen-dokumen yang berada di dalam simpanan tuan.

Sepatutnya:
-Kami memohon kerjasama tuan/puan untuk menyerahkan kembali semua dokumen yang berada dalam simpanan tuan.


Contoh:
-Berdasarkan kepada maklumat yang dilaporkan dalam borang puan, jumlah tuntutan puan sebanyak RM...

Sepatutnya:
-Berdasarkan maklumat dalam borang tuntutan puan, jumlah tuntutan puan adalah sebanyak RM....

Contoh:
-Adalah dimaklumkan bahawa bil perkhidmatan tuan/puan sejumlah RM .... masih belum dijelaskan.

Sepatutnya:
-Dengan ini, dimaklumkan bahawa bil perkhidmatan tuan/puan sejumlah RM.... masih belum dijelaskan.


Contoh:
-Sila maklumkan jika tuan/puan merasakan bahawa garis kasar perancangan tersebut tidak sempurna.

Sepatutnya:
-Sila maklumkan kepada kami, jika tuan/puan merasakan bahawa garis kasar perancangan tersebut tidak sempurna.


(Sumber:  Cara Mudah Mengenal pasti Kesalahan Lazim Dalam Bahasa Melayu oleh N.A. Salleh)


Monday 12 November 2012

Pelan Pengajaran (RHP) RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN




Tarikh: 12 Oktober 2012                                Hari : Jumaat              Masa:10.00-11.00 pagi.
Kelas: Tahun 4 Dinamik                                 Bilangan pelajar: 40 orang
Mata Pelajaran: Bahasa Melayu

Unit/Tema: 14. Wawasan Kita
Tajuk: Perpustakaan Awam Desa (Surat Kiriman Rasmi)
HPU:
6.3 Aras 3 (i) – mengenalpasti dan menyatakan mesej penulis berdasarkan teks yang dibaca
8.6 Aras 3 (i) – menulis sebuah karangan yang lengkap bersesuaian dengan format.

Objektif:
Pada akhir pengajaran murid-murid dapat:
-       Menyatakan mesej dan gambaran umum pelbagai teks yang dibaca.
-       Menulis sebuah karangan yang lengkap bersesuaian dengan format.

Pengetahuan sedia ada: Murid-murid tahu mengenai jenis-jenis surat kiriman.

Bahan :
1      Buku Teks
2      Lembaran kerja
3      Bahan Visual/Sampul Surat


Langkah
Isi Pelajaran
Aktiviti Pengajaran
Set Induksi
(5 Minit)
Bersoaljawab mengenai alat perhubungan.
1.    Guru mengemukakan soalan mengenai alat perhubungan
2.   2.Murid menjawab soalan guru.
Langkah 1
(15 Minit)
Menerangkan mengenai tajuk pelajaran dan meminta murid membuka buku teks muka surat 192
1.    1.Guru menerangkan  mengenai tajuk pelajaran dan bersoaljawab.
2.    Guru meminta murid membuka buku teks m/s 192.
3.    3.Murid membaca  beramai-ramai   secara berkumpulan dan individu.
4.    Berbincang dan memahami isi teks.
Langkah 2
(10 Minit)
Memberi contoh rangka surat kiriman rasmi
1.   Guru mengedar contoh rangka surat rasmi dan menerangkan kepada murid-murid.
2.  Murid mendengar dan memahami penerangan dari guru.
Langkah 3
(25 Minit)
Latihan bertulis
Soalan:
Kamu sebagai Setiausaha Pusat Sumber sekolah dikehendaki menulis sepucuk surat kepada Pusat sumber Pendidikan Negeri untuk memohon buku-buku.
1. Guru mengarah murid membuat latihan dan berbincang mengenai tajuk – menerangkan isi karangan.
2. Murid membuat latihan.
Penutup
(5 Minit)
Merumus pelajaran.
1.    Guru merumus isi pelajaran
2.    Murid mendengar dan memahami pengajaran guru pada hari itu.


Refleksi Pengajaran
Pengenalan
Refleksi Pembelajaran merupakan penyataan yang ditulis oleh seseorang guru yang menyatakan tentang amalan dan tingkahlaku pengajaran yang telah dilakukan.  Refleksi cuba mengupas tentang hasil, akibat dan kesan mengenai pengajaran dan pembelajaran.  Hasil daripada itu akan terbentuklah kefahaman baru, kesedaran, keinsafan dan perubahan pesepsi.
Refleksi membolehkan guru membuat penilaian kendiri, secara tidak lansung guru dapat berfikir secara analitik, kritis dan kreatif semasa menilai semula pengajarannya.  Untuk mengatasi atau mengubah amalan pengajarannya, guru dapat melihat, mengkaji dan menentukan alternatif-alternatif dalam membuat keputusan dan mencari penyelesaian berasaskan ciri-ciri spiritual, moral, nilai-nilai estitika dan mengubah tingkahlaku.
            Melalui menonton semula rakaman vedio Makro pengajaran saya sendiri, saya membuat refleksi terhadap pengajaran saya.  Di sini saya nyatakan tentang beberapa pekara mengenai Pengajaran Makro saya.

KEKUATAN
Di sini saya senaraikan beberapa kekuatan hasil dari pengajaran makro saya.
-                 Persediaan mengajar yang dibuat dengan rapi dan bersesuaian dengan isi pelajaran, membolehkan pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan baik.
-       Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, pemilihan keadah yang sesuai digunakan.  Aktiviti bersoaljawab banyak digunakan untuk mencungkil idea dan pendapat murid.
-       Set Induksi menarik minat dan menyoronokkan murid menyebabkan pengajaran bertambah menarik.  Murid memberi kerjasama.
-       Penghargaan juga diberi kepada murid yang berjaya menjawab soalan guru.
-       Murid memberi perhatian kepada pengajaran guru khasnya sewaktu guru menerangkan format surat kiriman.  Suara guru lantang memudahkan murid untuk mendengar dan memahami penyampaian.
-       Ketegasan guru jelas dilihat di mana guru mengenakan tekanan dan nada suara yang       berlainan untuk menunjukkanketegasan.
-       Guru berjala seluruh kawasan kelas bagi memantau murid membuat kerja.  Guru menegur kesilapan murid secara spontan seperti penggunaan tanda bacaan.
-       -80 peratus murid boleh menulis surat kiriman rasmi dengan format yang betul.


KELEMAHAN


Terdapat beberapa kelemahan yang saya kenalpasti semasa saya menjalankan pengajaran makro  Diantaranya ialah:
-        Tidak memberi penekanan atau peringatan kepada murid-murid ketika berdoa.  Ada dikalangan murid yang berdoa dengan sambil lewa.
-       Mengenai ketetapan masa, saya kadang-kadang tidak mengikut masa yang ditetapkan.  Ini mungkin kerana terlatu seronok menerangkan atau bersoaljawab bersama murid.
-       Walaupun suara guru lantang dan ada penekanan nada ketegasan, penggunaan dialek bahasa ibunda kerap digunakan.
-       Ketika murid menjawab soalan perhatian diberi tumpuan.
-       Saya tidak memberi latihan mengikut kemampuan murid, seperti latihan untuk kumpulan cerdas, sedarhana dan lemah.


LANGKAH MENGATASI
Setiap kelemahan dan kekurangan yanh dikesan dalam pengajaran dan pembelajaran yang dirancang perlu di atasi dengan melakukan beberapa penambahbaikan.  Penambahbaikan perllu dilakukan untuk meningkatkan mutu dan kualiti pengajaran pada masa akan datang.
Terdapat beberapa penambahbaikan dilakukan bagi memperbaiki kelemahan pengajaran saya.
-       Saya seharusnya menyuruh murid bersedia untuk berdoa supaya semua murid boleh berdoa dengan baik dan tertib.
-       Pengurusan masa perlu dititikberatkan supaya masa mencukupi untuk murid membuat latihan.
-       Percakapan dialek ibunda tidak seharusnya digunakan kerana saya sedang mengajar Bahasa Melayu, sepatutnya saya menggunakan sebutan baku.
-       Berdasarkan semakan pada latihan yang telah murid lakikan, saya perlu membuat latihan mengikut aras murid.  Bimbingan perlu diberikan kepada murid yang lemah.

Saturday 20 October 2012

Nota Dan Contoh Penulisan Surat Kiriman Rasmi

Nota Penulisan Surat Kiriman Rasmi

-Surat kiriman rasmi ditulis dan ditujukan kepada pihak tertentu dan ditujukan kepada pihak tertentu
  dengan tujuan tertentu. 
- Surat kiriman rasmi mempunyai format yang khusus.
- Surat kiriman rasmi mempunyai ciri-ciri teknikal.
- Surat kiriman rasmi mestilah bersifat formal.
-Fahami tajuk dan tujuan serta kepada siapa surat hendak ditujukan.
-Beberapa contoh surat kiriman rasmi adalah seperti berikut:-
  a)  Surat rayuan
  b)  Surat aduan
  c)  Surat pemohonan
  d)  Surat pekeliling
  e)  Surat memesan barang

-Gunakan bahasa yang mudah, tepat dan padat.  Bahasa yang digunakan mestilah baku dan betul dari segi
  ejaan dan tanda baca.
-Elak menggunakan bahasa kiasan dan ungkapan.

Contoh Rangka Surat Kiriman


A.  (alamat pengirim)
________________________
________________________
________________________
________________________


B    (garis melintang)
_______________________________________________________


C   (alamat penerima)
________________________
________________________
________________________                   D  (tarikh)
________________________                    _________________




E  (panggilan hormat)
________________________


F  (tajuk surat)
________________________

G  (pengenalan)
_________________________________________________________
_________________________________________________________


2.H  (kandungan surat/isi)
__________________________________________________________
__________________________________________________________
_3________________________________________________________
__________________________________________________________
_4________________________________________________________
__________________________________________________________



I  (penutup)
________________________

J  (perakuan )
________________________

K  (tanda tangan)
________________________

L   (nama dan jawatan pengirim)
________________________
________________________
________________________



Di sini saya paparkan contoh surat kiriman rasmi yang ditulis oleh salah seorang murid, ketika saya membuat Pengajaran Makro.