Tarikh: 12 Oktober 2012 Hari : Jumaat Masa:10.00-11.00 pagi.
Kelas: Tahun 4 Dinamik Bilangan
pelajar: 40 orang
Mata Pelajaran: Bahasa Melayu
Unit/Tema: 14. Wawasan Kita
Tajuk: Perpustakaan Awam Desa (Surat Kiriman Rasmi)
HPU:
6.3 Aras 3 (i) – mengenalpasti dan menyatakan mesej penulis berdasarkan
teks yang dibaca
8.6 Aras 3 (i) – menulis sebuah karangan yang lengkap bersesuaian dengan
format.
Objektif:
Pada akhir pengajaran murid-murid dapat:
- Menyatakan mesej dan gambaran
umum pelbagai teks yang dibaca.
- Menulis sebuah karangan yang
lengkap bersesuaian dengan format.
Pengetahuan sedia ada: Murid-murid tahu mengenai jenis-jenis surat
kiriman.
Bahan :
1
Buku Teks
2
Lembaran kerja
3
Bahan Visual/Sampul Surat
Langkah
|
Isi Pelajaran
|
Aktiviti Pengajaran
|
Set Induksi
(5 Minit)
|
Bersoaljawab mengenai alat perhubungan.
|
1. Guru mengemukakan soalan
mengenai alat perhubungan
2. 2.Murid menjawab soalan guru.
|
Langkah 1
(15 Minit)
|
Menerangkan mengenai tajuk pelajaran dan meminta
murid membuka buku teks muka surat 192
|
1. 1.Guru menerangkan mengenai tajuk pelajaran dan bersoaljawab.
2. Guru meminta murid membuka
buku teks m/s 192.
3. 3.Murid membaca beramai-ramai secara berkumpulan dan individu.
4. Berbincang dan memahami isi
teks.
|
Langkah 2
(10 Minit)
|
Memberi contoh rangka surat
kiriman rasmi
|
1.
Guru mengedar contoh rangka
surat rasmi dan menerangkan kepada murid-murid.
2. Murid mendengar dan memahami penerangan dari guru.
|
Langkah 3
(25 Minit)
|
Latihan bertulis
Soalan:
Kamu sebagai Setiausaha Pusat
Sumber sekolah dikehendaki menulis sepucuk surat kepada Pusat sumber
Pendidikan Negeri untuk memohon buku-buku.
|
1. Guru mengarah murid membuat latihan dan berbincang mengenai tajuk –
menerangkan isi karangan.
2. Murid membuat latihan.
|
Penutup
(5 Minit)
|
Merumus pelajaran.
|
1.
Guru merumus isi pelajaran
2. Murid mendengar dan memahami pengajaran guru pada hari itu.
|
Refleksi
Pengajaran
Pengenalan
Refleksi Pembelajaran merupakan penyataan yang ditulis oleh seseorang
guru yang menyatakan tentang amalan dan tingkahlaku pengajaran yang telah
dilakukan. Refleksi cuba mengupas
tentang hasil, akibat dan kesan mengenai pengajaran dan pembelajaran. Hasil daripada itu akan terbentuklah
kefahaman baru, kesedaran, keinsafan dan perubahan pesepsi.
Refleksi membolehkan guru membuat penilaian kendiri, secara tidak lansung
guru dapat berfikir secara analitik, kritis dan kreatif semasa menilai semula
pengajarannya. Untuk mengatasi atau
mengubah amalan pengajarannya, guru dapat melihat, mengkaji dan menentukan
alternatif-alternatif dalam membuat keputusan dan mencari penyelesaian
berasaskan ciri-ciri spiritual, moral, nilai-nilai estitika dan mengubah
tingkahlaku.
Melalui menonton semula
rakaman vedio Makro pengajaran saya sendiri, saya membuat refleksi terhadap
pengajaran saya. Di sini saya nyatakan
tentang beberapa pekara mengenai Pengajaran Makro saya.
KEKUATAN
Di sini saya senaraikan beberapa kekuatan hasil dari
pengajaran makro saya.
-
Persediaan mengajar yang dibuat
dengan rapi dan bersesuaian dengan isi pelajaran, membolehkan pengajaran dan
pembelajaran dapat berjalan dengan baik.
-
Dalam proses pengajaran dan
pembelajaran, pemilihan keadah yang sesuai digunakan. Aktiviti bersoaljawab banyak digunakan untuk
mencungkil idea dan pendapat murid.
-
Set Induksi menarik minat dan
menyoronokkan murid menyebabkan pengajaran bertambah menarik. Murid memberi kerjasama.
-
Penghargaan juga diberi kepada
murid yang berjaya menjawab soalan guru.
- Murid memberi perhatian kepada
pengajaran guru khasnya sewaktu guru menerangkan format surat kiriman. Suara guru lantang memudahkan murid untuk
mendengar dan memahami penyampaian.
- Ketegasan guru jelas dilihat di
mana guru mengenakan tekanan dan nada suara yang berlainan untuk menunjukkanketegasan.
-
Guru berjala seluruh kawasan
kelas bagi memantau murid membuat kerja.
Guru menegur kesilapan murid secara spontan seperti penggunaan tanda
bacaan.
-
-80 peratus murid boleh menulis
surat kiriman rasmi dengan format yang betul.
KELEMAHAN
Terdapat beberapa kelemahan
yang saya kenalpasti semasa saya menjalankan pengajaran makro Diantaranya ialah:
-
Tidak memberi penekanan atau peringatan kepada
murid-murid ketika berdoa. Ada
dikalangan murid yang berdoa dengan sambil lewa.
-
Mengenai ketetapan masa, saya
kadang-kadang tidak mengikut masa yang ditetapkan. Ini mungkin kerana terlatu seronok menerangkan
atau bersoaljawab bersama murid.
-
Walaupun suara guru lantang dan
ada penekanan nada ketegasan, penggunaan dialek bahasa ibunda kerap digunakan.
-
Ketika murid menjawab soalan
perhatian diberi tumpuan.
-
Saya tidak memberi latihan
mengikut kemampuan murid, seperti latihan untuk kumpulan cerdas, sedarhana dan
lemah.
LANGKAH MENGATASI
Setiap kelemahan dan kekurangan yanh dikesan dalam pengajaran dan
pembelajaran yang dirancang perlu di atasi dengan melakukan beberapa
penambahbaikan. Penambahbaikan perllu
dilakukan untuk meningkatkan mutu dan kualiti pengajaran pada masa akan datang.
Terdapat beberapa penambahbaikan dilakukan bagi memperbaiki kelemahan
pengajaran saya.
- Saya seharusnya menyuruh murid bersedia untuk berdoa supaya semua murid
boleh berdoa dengan baik dan tertib.
- Pengurusan masa perlu dititikberatkan supaya masa mencukupi untuk murid
membuat latihan.
- Percakapan dialek ibunda tidak seharusnya digunakan kerana saya sedang
mengajar Bahasa Melayu, sepatutnya saya menggunakan sebutan baku.
- Berdasarkan semakan pada latihan yang telah murid lakikan, saya perlu
membuat latihan mengikut aras murid.
Bimbingan perlu diberikan kepada murid yang lemah.